[for.mal] | فورمل
Definisi : menurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dsb) tertentu (yg sudah diterima atau yg dianggap wajar dsb), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi: berpakaian ~; mengajar nahu secara ~; memformalkan menjadikan formal; keformalan perihal (keadaan, sifat dsb) formal: laras ialah penggunaan bahasa yg ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan; pemformalan perbuatan (proses) memformalkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[for.mal] | فورمل
Definisi : menurut peraturan yg rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)