Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.sé/] | ݢيسيق

Definisi : (gésék) gosok, geser; asah se~ sehari; bergesek bergosok, bergeser; menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar, dll): ~ mata; mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda); gesekan hasil perbuatan menggesek; pergesekan perihal bergesek (bergosok); penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola dll); 3. = ~ api Kl mancis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.sé/] | ݢيسيق

Definisi : /gésék/; bergesek bergerak ke hadapan ke belakang atau ke atas ke bawah antara dua benda yg bersentuhan; bergeser: Bunyinya spt bunyi kayu ~. menggesek mengosok-gosok sesuatu (supaya berbunyi, utk menghilangkan rasa gatal dll): ~ biola; ~ mata. menggesekkan menggosok-gosokkan sesuatu pd benda lain: ~ tangan pd mata. gesekan sentuhan yg dibuat dgn menggesekkan sesuatu pd yg lain; hasil perbuatan menggesek: ~ biolanya sungguh merdu. pergesekan hal atau perbuatan bergesek. penggesekan hal, perbuatan dsb menggesek atau menggesekkan. penggesek 1 orang yg menggesek. 2 alat yg digunakan utk menggesek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gesek

Puisi
 

Gesek biola tali empat,
     Putus satu tali kecapi;
Sudah cari serata tempat,
     Baru dapat kehendak hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Adakan pertandingan gesek rebab - tiup serunaiSheppard, MubinUtusan Melayu19.05.1971
Semusim dengan P. Ramlee: P. Ramlee suka gesek biola di tengah malamOmar RojikHarian Nasional30.05.1984

Kembali ke atas