[gi.gil] | ݢيݢيل
Definisi : ; menggigil 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil; menggigilkan menjadikan menggigil, menggentarkan: angin yg bertiup ~ badannya;tergigil tergeletar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gi.gil] | ݢيݢيل
Definisi : ; menggigil bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakuan dll; menggeletar: Malam itu dia ~ kesejukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)