Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
HadirHajariah ZainonMingguan Wanita23.09.1994
HadirNorisah AbdullahUtusan Malaysia05.12.1997
HadirNordin Haji AbdullahMingguan Wanita01.04.1991
TYT hadir majlis pelancaran BBSN 2008TiadaUtusan Borneo22.10.2008
Ilham hadir cara spontanSiti Hajariah Abdul AzizMetro Ahad (Sastera dan Budaya)12.05.2002
Tidak hadir di Persidangan Penulis Se Asia 1994: Sasterawan Negaraberi penjelasanTiadaBacaria13.07.1994
Musa hadir Kongres MelayuTiadaWatan10.11.1988
Tunku hadir dalam lakonan UmnoSubky LatifMingguan Kota26.11.1989
Seribu hadir malam puisi IslamTiadaUtusan Melayu07.11.1983
50 hadir majlis ceramah PuspaTiadaBerita Minggu18.01.1981
123456

Kembali ke atas