Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lang] | هالڠ

Definisi : ; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg meng­halang maka pertemuan itu ditangguhkan; menghalangkan meletakkan sesuatu me­lintang; terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, ter­hambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; halangan 1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg meng­halang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lang] | هالڠ

Definisi : ; menghalang 1 menahan se­suatu supaya tidak dpt bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. menghalangi menghalang berkali-kali. menghalangkan meletakkan sesuatu melintang: ~ kayu di jalan. terhalang 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh ba­ngunan itu. halangan 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. berhalangan ada atau mendapat halangan (aral): Dia tidak dpt datang kerana ~. penghalang sesuatu yg menghalang; penyekat; perintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Halang individu tidak bermoral pegang jawatanMohd Azis NgahBerita Harian01.08.2007
Halang sastera Gandhi difilemkanTiadaUtusan Melayu18.04.1981
Tidak halang kaji sejarah MelakaTiadaKosmo10.01.2007
Keluarga halang menjadi saksiTiadaMingguan Malaysia07.04.1996
Penulis halang karya dipentasTiadaHarian Metro08.07.1995
Bahasa halang pindah teknologiTiadaHarian Watan17.05.1997
Mahkamah halang buku fitnah Anwar diedarTiadaUtusan Malaysia18.06.1998
Untuk halang agen perumahanAhmad BoestamamMingguan Malaysia29.06.1980
Banjir halang penyertaan hari puisiTiadaWatan10.11.1988
Tindakan halang demonstrasi tiada kaitan dengan kebebasanAkhbar:  Utusan Melayu22.04.2000
12345

Kembali ke atas