Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.bat] | هيبت

Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.bat] | هيبت

Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hebat selepas putus cintaAhmad Syukran ZainuddinKosmo16.10.2006
Hebat, malangnya ia tidak 'original'Saodah IsmailBerita Harian03.09.1987
Hebat daripada SenjakalaOsman AyopBerita Minggu07.04.1990
Gurindam Hebat MelayuMohamad AbdullahBerita Harian30.08.2008
Wanita hebat di IB: teater Ibu Zain papar kegigihan...Norhayati NordinHarian Metro17.07.2008
Novel hebat Petterson dapat pengiktirafanFarhatul Aishati ShamsuddinBerita Harian08.01.2008
Kisah hebat Panglima Awang di Muzium SamuderaTiadaKosmo25.12.2007
Bangsa hebat era 2020Khalis YasinHarian Metro10.11.2007
Persaingan hebat peringkat negeri PerlisKamudin BaharomBerita Harian12.06.1992
Lukisan hebat pelukis tanahairTiadaUtusan Malaysia19.10.1993
12345678910...

Kembali ke atas