Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hendak Kemana ManusiaMasuri S. NUtusan Zaman30.10.1955
Hendak seribu dayaNoor Sham SalehMetro Ahad18.05.1997
Hendak Tau Tinggi Rendah-nya GunongAtondraBerita Minggu13.08.1967
Hendak kaya tulis rencanaAmi MasraUtusan Zaman12.05.1974
Hendak ke mana kita semua?Pak SakoWatan17.12.1988
Hendak berkunjung ke Kota KinabaluOthman PutehBorneo Mail03.06.1992
Hendak ke mana lagi? Selepas Mesir bekas ShahPak SakoUtusan Zaman06.04.1980
Hendak hujan, hujan sa-kaliNik Mohd. ZainBerita Minggu03.09.1967
Hendak kemana PPK sekarang?Omar AhamedMingguan Malaysia19.01.1975
Hendak melangkah kaki pendekSamad IdrisMingguan Malaysia05.11.1989
12345678910...

Kembali ke atas