Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minum­an; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): penga­rang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengar­kan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu; hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma­sing-masing menyandar ke kerusi menden­gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); penghidangan perihal menghidangkan, pe­nya­jian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dang] | هيدڠ

Definisi : ; menghidangkan menyediakan (makanan atau minuman di meja dll); menyajikan (makanan, minuman dll): Emaknya ~ minuman dan kuih di atas meja. hidangan 1 makanan atau minum­an yg dihidangkan atau disajikan; sajian: Silalah makan ~ yg tidak sptnya ini. 2 sesuatu yg dipersembahkan (diperdengarkan atau diperlihatkan): Masing-masing bersandar di kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu dr radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidang
Kata Terbitan : berhidang, menghidangkan, hidangan, penghidangan,

Puisi
 

Jangan dulu memecah dulang,
     Saya menjual hidang kain;
Jangan dulu berempat pulang,
     Belum puas kita bermain.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Majalah RTM hidang berbagai rencana menarikJamil HashimUtusan Malaysia06.10.1990
Majalah RTM hidang berbagai rencana menarikJamil HashimUtusan Malaysia06.10.1990
Penulis MPR hidang cerita baruJamudin IdrisBerita Harian15.04.1998
Balai Sembang hidang lagu puisi, deklamasi teh mengkuduBadaruddin Mat Zakaria; Sahul HamidBerita Harian (Sastera dan Budaya)27.04.2001
Siri semurni kasih hidang bacaan positifZaiton SaidBerita Harian08.07.1995
W. S. Rendra hidang puisi bersemangatTiadaUtusan Malaysia03.06.1994
Detik-detik hidup malang di hidang rabuTiadaBerita Harian17.08.1985

Kembali ke atas