Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hingga hujung nyawa (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia14.11.2007
Hingga Kini Sudah 30 Tahun BerlaluA Rahim HamidSiasah15.12.2006
Hingga sekarang tak ada siapa dapat mencabar karya-karyanya...Mana SikanaBerita Harian12.03.1975
Hingga TerhentiTiadaSabah Times04.09.1988
Hingga Bersambung KasihRazilah OthmanMingguan Timur01.08.1976
Hingga KiniNajmiHarakah05.09.1997
Hingga Kini Ku Masih Sebut NamamuGelora JiwaSabah Times22.08.1993
Hingga Senja SemalamMuhammad Isnin TaawafBerita Minggu17.03.1985
Hingga bila penulis wanita layak terima Anugerah Sasterawan Negara?Haslina AhmadMingguan Wanita04.11.1988
Hingga Terbit Fajar...NoraMingguan Islam25.12.1987
12345678910...

Kembali ke atas