Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajar­an; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibarat
1. Bersinonim dengan umpama
( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan teladan
( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : mengibaratkan,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ibarat epik sastera silam [Ulasan buku Kasidah-Kasidah Cinta karya Muhammad Muhyidin]Nur Azzureen Nor HishamBerita Harian27.03.2009
Ibarat matahari (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia06.08.2007
Ibarat layang-layangSeni WiraMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)08.09.2000
Ibarat memagar nyiur condongSamad IdrisMingguan Malaysia28.05.1989
Ibarat sejarah keprihatinan: sepuluh tahun Pusat Dokumentasi H. B.JassinTiadaKompas01.06.1987
Ibarat Kaca Pecah Ditimpa BatuZahir BujangHarian Nasional31.05.1984
Ibarat memagar nyiur condongSamad IdrisMingguan Malaysia24.09.1989
Kias, ibarat dalam kehidupan MelayuRadin Azhar AhmadMingguan Sarawak25.05.2008
'Buku ibarat dunia'TiadaBerita Harian06.02.2009
Saya ibarat anak seluang terhanyut dilambung ombak ke samudera luasUsman AwangMingguan Malaysia21.08.1983
12345

Kembali ke atas