Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Itik Dan Kolam RenangNasri ShamUtusan Zaman26.09.1993
ItikDarma MohammadMingguan Wanita01.11.1988
Itik Liar menguji khalayak tempatanSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia21.03.1995
"Itik Liar' berlatihTiadaBerita Harian25.02.1995
ItikGhazalee LatehBerita Minggu17.04.1994
Pak Awang gagah: itik betina tidak boleh bertelur tanpa itik jantan?Pak SakoMingguan Malaysia31.10.1976
Anak Itik Sawa BungaMustafa JusohBerita Minggu17.05.1998
Teater 'Itik Liar' paparkan pengorbananJamudin IdrisBerita Harian03.04.1995
Teater Itik LiarNor Asmah ZakariaUtusan Malaysia08.04.1995
Mengajar itik berenang...Pak Pandir ModenUtusan Melayu26.02.1976
12

Kembali ke atas