Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, ba­rang­­kali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, mi­num pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngan] | جاڠن

Definisi : (kata larangan yg menyatakan) tidak boleh; usah: ~ mandi di sungai itu, airnya dalam. jangan-jangan mungkin juga; barangkali: Ahmad belum datang lagi, ~ ia sakit. jangankan usahkan: ~ hendak berlari, berjalan pun dia belum dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan

Puisi
 

Selasih jangan tinggi,
     Kalau tinggi berdaun jangan;
Kekasih jangan pergi,
     Kalau pergi bertahun jangan.


Lihat selanjutnya...(564)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jangan Bang Jangan..Abdul Ghani AZRomantika01.07.1973
Jangan kaya, jangan miskin, biar sederhanaK. BaliNusantara04.08.1991
Jangan Ayah Jangan!Ahmad MahmudBerita Minggu10.08.1969
Jangan kompromi: UMNO digesa jangan tunduk pada tuntutan jejas kuasa, hak MelayuLuqman Haziq dan Arshad KhanMingguan Malaysia04.05.2008
Rambut jangan putus, tepung jangan berserakAdibah AminUtusan Malaysia08.11.1991
Rumput Jangan Dibiar Meliar Ular Jangan Dibiar MenjalarEhsan JamilyBerita Minggu23.12.2007
Hero jangan terlalu disanjung crook jangan pula dibenciAdibah AminUtusan Malaysia25.01.1991
Hero jangan terlalu disanjung, krok jangan pula dibenciAdibah AminUtusan Melayu25.02.1991
Di-Sebut Jangan Di-Kenang JanganZurinah HassanBerita Minggu01.08.1968
Jangan Biarkan Bunga Mekar Itu GugurKamisah binti JemiUtusan Sarawak23.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas