Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jarang SekaliHamzah Haji OsmanBuletin Utama21.02.1994
Jarang dan NipisJamaludin DUtusan Zaman03.12.1995
Jala Jarang Berbatu Ringan..Yahya SamahMingguan Perdana27.01.1984
Istilah jarang diguna tarik perhatian ramaiTiadaUtusan Malaysia02.11.1991
Pelajar jarang dapat peluang mempraktikkan bahasa: Prof Chun (diwawancara oleh Norzilawati Sidek)Chun Tai HyunBerita Harian25.05.2004
Pelukis2 kita jarang mampu kembang seni realisSiti Zainon IsmailBerita Harian19.01.1976
Sasterawan negara yang jarang diperkatakanA. F. YassinUtusan Zaman15.03.1998
P. Ramlee: pengorbanannya jarang dikenangAimi JarrSabah Times27.11.1980
Arenawati teroka jalan yang jarang dijelajahi oleh penulis2Abu Zaki FadzilBerita Minggu07.01.1973
Kenapa penulisan di Utara jarang diadakan?TiadaMingguan Famili22.11.1987
12

Kembali ke atas