Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin, pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~ pembajak jentera utk membajak; 4. kese­luruhan sistem yg meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP dan ~nya ter­masuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM; ~ parti berjalan lancar; berjentera 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jentera (kata nama)
Bersinonim dengan mesin, pesawat, enjin, motor, komputer, penjana, alat, perkakas, radar, robot.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jentera pentadbiran Pas tergugatAbdul Samad IsmailBerita Harian08.04.1995
JenteraM. Jasni MajedBerita Minggu26.07.1987
JenteraM. Jasni MajedBerita Minggu26.07.1987
JenteraM. Jasni MajedBerita Minggu06.07.1987
Perkemas jentera terbit buku-buku karya ilmuan - Dr. ToyadTiadaHarian Ekspress03.11.1988
Pohon ajaib, jentera berpusing, ibu tumpang dalam CRM [ Cerita Lipur Lara ]TiadaBerita Harian23.01.2007
Pendidikan sebagai jentera abad ke-21PtoBerita Harian16.11.1994
Pindaan Perlembagaan untuk licinkan jentera pentadbiran kerajaanMahathir MohamadUtusan Malaysia19.03.1988

Kembali ke atas