Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.ja/] | جرجق

Definisi : 1. kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd jendela dll, kisi-kisi, jeriji, jeruji: mereka melihat dr ~ dlm penjara; 2. bilah-bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll); 3. tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah; tulang ~ Mn tulang rusuk; berjerjak mempunyai jerjak, ada jerjaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.ja/] | جرجق

Definisi : 1 kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd tingkap dll; kisi-kisi. 2 bilah-bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll). 3 tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerjak (kata nama)
Bersinonim dengan kisi-kisi, jeriji, jeruji, terali, deruji, jari-jari.,

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
JERJAK keluarkan aku! Aku nak keluar!Norjamilah Abd Salam & Addy JunaidiSinar Harian11.06.2008
Teater Jerjak bukan sekadar cerita banduan dalam penjaraRozdan MazalanBerita Harian02.06.2008
Wacana absurd dalam 'Jerjak'Azman IsmailUtusan Malaysia15.05.2008
Dua pelakon 'hidupkan' teater JerjakMohd Nasif BadruddinHarian Metro28.05.2008

Kembali ke atas