Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.lan] | جوالن

Definisi : 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.lan] | جوالن

Definisi : barang-barang yg dijual; dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jualan


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jualan LangsungWan Jaafar AhmadWarta Perdana30.12.2007
Jualan lambak buku-bukuTiadaDaily Ekspres29.11.1978
Jualan gudang sempena hari terbuka kilang cetak DBPTiadaMingguan Malaysia26.02.1989
Jualan gudang di MelakaTiadaWatan01.06.1989
Jualan gudang DBP 1991TiadaHarian Metro01.06.1991
Jualan akhbar merosotTiadaWatan01.10.1996
Jualan buku DBP tidak pernah mencecah 30 peratusTiadaBerita Harian28.01.1997
Jualan buku teks SPM lebih menguntungkanTiadaBerita Harian30.01.1997
Jualan di gudang DBPTiadaUtusan Malaysia18.12.1997
Jualan langsung semakin menjadi budaya niagaAbdul Halim YaacobUtusan Malaysia07.02.1998
123456789

Kembali ke atas