Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.di] | جودي

Definisi : permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. meng­guna­kan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm ke­adaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn mem­per­juangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.di] | جودي

Definisi : permainan dgn bertaruhkan wang (main pakau, main dadu dll). berjudi bermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~. menjudikan menggunakan wang dll sbg taruhan; mempertaruhkan. perjudian 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. penjudian perbuatan atau hal menjudikan. penjudi orang yg suka berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata judi

Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Judi-sikap Tunku sudah berubahAl-KunoMajalah Kota23.09.1990
Budi Judi?Wira Budiman AzizanBerita Harian27.02.1998
Assyura ...antara judi dan tanah pusakaTiadaUtusan Malaysia28.06.1997
Di Meja JudiSabar BohariBerita Minggu06.10.1974
Doa Dari Bukit JudiLee Cheong BengMingguan Malaysia17.09.1995
Kisah tanah dan judi dalam AssyuraAzman IsmailUtusan Malaysia19.06.1997
Drama Di Rumah JudiHamzah DuaHarian Ekspres01.04.1975
Drama Di Rumah JudiHamzah DuaHarian Ekspres01.04.1975
Cerpen Meja Kehidupan masalah judi di kedai snukerDaniel Jebon JanaunBorneo Mail29.06.1997
Cerpen "Rezeki Empat Angka" halalkan judi?Daniel Jebon JanaunBorneo Mail25.11.1996
12

Kembali ke atas