Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb mem­beri kesempatan kpd orang yg membahaya­kan tetapi tidak melindungi orang yg kesusah­an; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kan­dang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1 bangsal atau kawasan berpagar tempat binatang (terutama pd waktu malam): ~ kambing; ~ lembu. 2 ruang yg dikelilingi pagar, garis dll; lingkaran (di keliling bulan, matahari); gelanggang. ~ bulan lingkaran di keliling bulan. ~ orang salah ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. mengandangkan memasukkan (kambing dll) ke dlm kandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandang (kata nama)
Bersinonim dengan reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sangluat, kerangkengan; sel, lokap, penjara;,
Kata Terbitan : mengandang,

Puisi
 

Anak rusa satu kandang,
     Bunyinya sampai mendayu-dayu;
Khabar nakhoda ada dikenang,
     Habis membeli sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau kandang,
     emas berpura.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
KandangAzman HussinWarta Perdana15.06.1996
KandangIbrahim GhaffarBerita Minggu (Sastera dan Budaya)13.08.2000
Muzik Melayu seperti 'kandang lembu'?Nazrullah RosliUtusan Malaysia (Hiburan)19.02.2001
Pak Sako tegur keadaan pondok talipon, kandang saksi, peti surat danperhentian bas kita: orang tidak sayang pondok talipon kerana tak cantek?TiadaMingguan Malaysia15.12.1974
Mariatun sama bergerila dan pernah tidur di kandang kerbauMahani OthmanWatan01.04.1979

Kembali ke atas