Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (diper­cayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (mengang­gap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.mat] | کرامت

Definisi : 1 suci (bkn manusia) dan berkat kesuciannya ia dpt melakukan sesuatu yg ajaib, spt dpt menyembuhkan penyakit. 2 tempat atau sesuatu yg dianggap suci (dan dipercayai dpt mengadakan sesuatu yg ajaib). ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merajuk kepada yang kasih.

     Manja kepada yang sayang,
berkaul kepada yang keramat.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Keramat-keramat di Pulau Besar, Melaka, dirobohkanHantu RayaUtusan Melayu07.11.1983
'Keramat' sederhana tetapi amat berkesanWisharaBerita Harian22.09.1983
Keramat road to historyHo Hock KeatNew Straits Times08.10.1989
Keramat Anak ManjaSharif PuteraPelita Rakyat13.12.1975
KeramatSaik DSSabah Times17.09.1989
Keramat CindaiMirieatieBacaria01.09.2001
Wasiat keramatHasyuda AbadiUtusan Borneo01.03.2009
Bulan keramatSuzilah AbdullahUtusan Borneo01.02.2009
Bulan KeramatHerman Pastiar @ AlohaNew Sabah times31.08.2008
Sumpah Keramat IniZulkifli Mat TopMingguan Malaysia25.11.2007
123456

Kembali ke atas