Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar agak cemas atau takut akan ber­lakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bim­bang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu per­kara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menim­bulkan) rasa khuatir, membimbangkan, me­nakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebim­bangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa gelisah kalau-kalau berlaku sesuatu pd diri sendiri atau pd orang lain; bimbang: Ia ~ kerana anaknya yg dikasihi itu belum pulang-pulang. mengkhuatiri khuatir (takut, bimbang) akan sesuatu: Tidak ada apa-apa yg harus dikhuatiri. mengkhuatirkan menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. kekhuatiran perasaan khuatir; kebimbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khuatir (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga, walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang, tidak sedap hati;,
Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran,

Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselami,
     ini pula air dalam terenang.

Bermaksud :

Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Khuatir matlamat kerajaan mungkin tidak akan tercapaiAdam Abdul HamidUtusan Melayu27.01.1976
KhuatirAbdullah Salim Al HamidUtusan Zaman01.01.1976
KhuatirAbdullah Salim Al HamidUtusan Zaman01.03.1976
KhuatirAbdullah Bin Salim Al HamidUtusan Zaman01.03.1976
Budayawan khuatir bangsa Melayu tukar kepada keperibadian ArabTiadaUtusan Melayu14.11.1986
Profesor khuatir perjuangan bahasa Malaysia mula pudarTiadaBerita Harian22.04.1986
Para budayawan khuatir lahiriah Melayu bertukar kepada ArabTiadaUtusan Malaysia14.11.1986
KAPI, NU khuatir Indonesia mengalahRosihan AnwarBerita Harian05.12.1968
KAPI, NU khuatir Indonesia mengalahRosihan AnwarBerita Harian05.12.1968
Jauhi 'adakah' jika khuatir hilang markahAdibah AminBerita Harian06.10.1982
12

Kembali ke atas