Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khu.sus] | خصوص

Definisi : (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm se­suatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhu­susan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khu.sus] | خصوص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu; khas: Kursus-kursus itu diadakan ~ utk kaum wanita. mengkhususkan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. terkhusus dikhususkan; dikhaskan; terkhas. pengkhususan hal atau perbuatan mengkhususkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
...khusus bagi peminat lagu asliTiadaBerita Harian14.04.1988
Khusus untuk wanitaAkhbar:  Berita Harian16.08.2003
Destinasi (Khusus untuk Maya)FatyHarian Ekspres09.11.2008
Anugerah khusus untuk pelukisTiadaUtusan Melayu27.11.2006
Ulasan khusus mengenai karyaTiadaMingguan Timor08.03.1981
Majalah khusus intisari rancangan TV3TiadaBerita Harian10.01.1990
Pengkajian khusus sejarah Melayu disyorTiadaHarian Ekspres20.11.1978
Buku khusus untuk guru pelatihSalbiah AniBerita Harian11.05.1995
Tinjauan khusus penggunaan tulisan jawi di seluruh negaraTiadaHarian Watan06.12.1996
Jurnal khusus dalami al-QuranTajudin SamanBerita Minggu14.06.1998
123456

Kembali ke atas