Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kijang dalam puisi: lambang hasrat manusiaZurinah HassanBerita Harian (Sastera dan Budaya)12.02.2001
Kijang Bermata NilamLatiff H. SMingguan Malaysia03.03.1996
Kijang PeliharaanHassan Abdul MajidBerita Minggu01.11.1998
Kijang Ditembak Rusa Yang KenaYahya SamahBacaria26.06.1984
Sang Kijang Di Hutan SimpananHaron A. HUtusan Zaman20.03.1994
Mencari Kijang PutihTiadaMingguan Famili30.11.1986
Jahanshah Mendapat KijangTiadaMingguan Famili23.11.1986
NirwanaKijang LelahMingguan Famili09.08.1987
NirwanaKijang LelahMingguan Famili09.08.1987
Hang TuahKijang LelahWarta Perdana24.08.2008
123

Kembali ke atas