Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ni] | کيني

Definisi : sekarang ini; masa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,

Puisi
 

Dari dulu cermin cina,
     Kini sekarang patah kakinya;
Dari dulu abang punya,
     Kini sekarang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kini Masanya (Untuk generasi muda di seluruh dunia)Sabri HashimBerita Minggu06.04.2008
Kini BersatuZabri Zainol AbidinMingguan Malaysia16.03.2008
Kini tugas sarjana betulkan penyelewengan faktaSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)26.10.2001
Kini imej lebih baik mula dipaparkanMuhd Mansur AbdullahBerita Harian19.03.1975
Kini "Rentung" karya Shahnon Ahmad dijadikan drama TVFauzan Uda AhmadUtusan Melayu10.06.1987
...kini teater mutakhir tak pentingkan skrip lagiMana SikanaBerita Harian03.04.1975
Kini dalam pasaran majalah-majalah bermutu terbitan DBP keluaranterbaruTiadaUtusan Malaysia06.12.1982
Kini Tinggal MemoriR. Mas MaySabah Times23.11.1992
Kini dalam pasaran Dewan BudayaTiadaUtusan Malaysia11.11.1982
Kini.... Cintaku Tiada Lagi!Mazfaiza ZNNHarian Nasional08.10.1984
12345678910...

Kembali ke atas