Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ko/] | کوکوق

Definisi : bunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-­maranya hidup melarat; berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); kokokan kokok: ~ ayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ko/] | کوکوق

Definisi : ; mengokok Kl mengukur (kelapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ko/] | کوکوق

Definisi : ; ~ beluk burung hantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ko/] | کوکوق

Definisi : bunyi yg dikeluarkan oleh ayam jantan (pd waktu subuh dll). berkokok mengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokok

Puisi
 

Hari hampir dinihari,
     Kokok ayam ganti-berganti;
Aku duduk seorang diri,
     Air mata gugur kanan kiri.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kokok berderai-derai,
     ekor bergelumang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kokok-KokokGunawan MahmoodUtusan Zaman13.12.1987
KokokHussein NoorPentas Dunia16.10.1994
Kokok tahun baruChin Fook OnSabah Times31.01.1993
Kokok AyamNoraUtusan Zaman01.07.1976
Kokok Si JantanDharmala N. SUtusan Zaman27.04.1975
Kokok Si JantanDharmala N. SUtusan Zaman27.04.1975
Kokok AyamNoraUtusan Zaman18.07.1976
Kokok AyamNoraUtusan Zaman18.07.1976
Kokok AyamNoraUtusan Zaman18.07.1976
Kokok Si JantanDharmala N. SUtusan Zaman01.04.1975
12

Kembali ke atas