Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lar] | کولر

Definisi : bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lar] | کولر

Definisi : Jk 1. batu karang; 2. pecahan batu (utk melapisi jalan dll), batu kelikir; ®koral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lar] | کولر

Definisi : 1 bahagian baju yg berkelepet di keliling bahagian leher. 2 sesuatu yg menyerupai kolar 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Awasi sindekit bawa 'pendatang kolar putih'Abdul Samad IsmailBerita Harian23.11.1991

Kembali ke atas