Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kompleks
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan rumit
( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan bangunan
( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri, vila, wisma, )
(kata nama:)

3. Dalam konteks psikologi
bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania, fobia.,
(kata nama:)



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kompleks P. Ramlee: apa cadangan pembacaWartawan URTVMingguan Malaysia15.07.1973
Kompleks budaya berharga $10 juta di-Taman BungaTiadaUtusan Malaysia04.06.1971
Kompleks kebudayaan $10 juta di taman bungaTiadaUtusan Melayu04.06.1971
Kompleks kebudayaan akan dibina di ibu kotaMahazir HakimUtusan Melayu20.02.1971
Kompleks UMNO: Mahathir puji artisTiadaUtusan Melayu18.12.1980
Kompleks bertaraf dunia hampir siapHardi Effendi YaacobBerita Minggu09.11.1997
Kompleks Pustaka Warisan perlu programAnuar AsmadiBerita Harian21.02.1998
Kompleks Kebudayaan KebangsaanTiadaUtusan Melayu17.04.1975
Kompleks Kebudayaan KebangsaanTiadaUtusan Melayu17.04.1975
Kompleks Panggung Negara mungkin ditangguhAiry LimBerita Harian05.07.1982
123456789

Kembali ke atas