Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kritik-kritik akhbar terpancar dari rasa sayangTiadaUtusan Zaman01.06.1980
Kritik sastera: gagasan KTS teori terbaru?Azman IsmailUtusan Malaysia (Sastera dan Budaya)30.01.2002
Kritik 'Budak Kanyak'Dharmala N. SBacaria14.04.1987
Kritik tumbuhkan ghairahHashim AwangWarta Perdana20.04.1990
Kritik seminar filemUmar KhayyamWatan12.09.1989
Kritik sastera: pendekatan penomenalogiTiadaHarian Analisa25.10.1984
Kritik yang bertanggungjawabBaharuddin ZainalMingguan Rakyat05.06.1976
Kritik sastra dianggap masih mendatarShahar BakarBerita Harian14.04.1973
Kritik sastera di Johor BaruZahari AffandiUtusan Zaman25.11.1973
Kritik membina boleh dijadikan renungan mendalamTiadaUtusan Malaysia22.02.1996
12345678910...

Kembali ke atas