Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pas] | کوڤس

Definisi : ; mengupas 1. membuang atau mengo­pak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan meng­huraikan dgn teliti (karangan, pendapat, per­soalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; mengupaskan 1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi; terkupas 1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya; 2. sudah dikupas: beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang; kupasan 1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar; pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian; pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pas] | کوڤس

Definisi : ; mengupas 1 membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. mengupaskan mengupas sesuatu utk orang lain. terkupas sudah dikupas kulitnya; sudah dikopek kulitnya. kupasan 1 sesuatu yg sudah dikupas; hasil drpd mengupas. 2 huraian atau ulasan (mengenai sesuatu). pengupasan perbuatan atau hal mengupas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kupas
Kata Terbitan : mengupas, terkupas, kupasan, pengupasan, pengupas,

Puisi
 

Budak-budak kupas bawang,
     Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan bawa resmi keluang,
     Tak boleh tengok buah di pokok.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kupas isu Islamfobia: Teater Berani Mati kisah pejuang jihad...Wan Asrudi Wan HasanHarian Metro16.01.2009
Kupas nukilan seniAkhbar:  Harian Metro (Bintang)17.01.2005
Kupas pelbagai isu dalam perlembagaanAl Abror Mohd. YusufHarian Metro09.12.2002
Teater kupas persoalan hukum IslamTiadaBerita Harian30.07.1996
Seminar kupas sumbangan Munshi AbdullahAhmad Naim TahirBerita Harian17.08.1996
Imbas kupas pelbagai masalahMohamed AbdullahUtusan Malaysia10.02.1998
Seminar kupas kepercayaan bukan MelayuSalbiah AniBerita Harian27.11.1998
Titian ...kupas konflik manusia dan makhluk ghaibSiti Rohayah AttanUtusan Malaysia27.05.1995
Seminar kupas sumbangan sainsAkhbar:  Berita Harian15.06.2004
Bengkel kupas karya sasteraHabesah DinHarian Metro21.02.2004
1234

Kembali ke atas