Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri (perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~ tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat (tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur­menyembur cahayanya; melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), me­ngerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga; pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap per­tama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; pelaksana orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,

Puisi
 

Bismilah mula dikarang,
     Syairlah pantun sajanya kurang;
Laksana kainlah jarang,
     Tidak boleh dibagi orang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Laksana taji dibentuk.

Bermaksud :

Kening yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Laksana rancangan pelihara seni budaya negara - Awang HadTiadaUtusan Malaysia05.12.1979
Laksana Kumbang Seri BungaA. EmbonBorneo Mail28.08.1994
Laksana resolusi Pemikiran MelayuJaafar RahimUtusan Malaysia05.06.1996
Laksana KapalAzman HussainWarta Perdana23.02.1997
Laksana konsep bahasa Melayu merentasi kurikulumTiadaBerita Harian29.05.1995
Laksana mahu mengasingkan diriAhmad BoestamanWatan10.03.1979
Laksana mahu mengasing diriAhmad BoestamamWatan10.03.1979
Laksana peperiksaan dalam bahasa Inggeris bukan langkah tergesa-gesaAkhbar:  Utusan Malaysia19.06.2002
Laksana program Kempen Budi Bahasa sebelum AprilNazarudin ShahariUtusan Malaysia10.01.2005
China laksana dasar galak kuasai bahasa asingNorliza AbdullahBerita Harian08.12.2007
123456

Kembali ke atas