Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.ba/] | لمبق

Definisi : 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. banyak (berlimpah­-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik; berlambak, berlambak-lambak, melambak 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilong­gokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun­timbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar); melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ; lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; perlambakan perihal atau kejadian ber­lambak: ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh; pelambakan perbuatan melambakkan se­suatu, penimbunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.ba/] | لمبق

Definisi : longgokan atau timbunan barang-barang yg tidak teratur: jual ~ jualan yg dibuat secara lambak (boleh dibeli satu-satu atau secara borong); pasar ~ pasar yg barang-barang dagangannya dilonggokkan (tetapi boleh dibeli secara runcit atau secara borong). berlambak 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. melambakkan melonggokkan (barang-barang dgn tidak teratur): Ia ~ kain-kain kotor di lantai. lambakan 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambak
Rujuk :timbun


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lambak lebih berjaya dari lain novel 74Wijaya RBerita Harian08.01.1975
Lambak: satu pengertian tentang hidup manusia nelayanMukhtar MudaMingguan Timur18.04.1976
Pasar lambak sumber usahaTiadaUtusan Zaman03.11.1985
Jualan lambak buku-bukuTiadaDaily Ekspres29.11.1978
Novel Lambak membela nelayan2 kita yg teraniayaRadzwan Mohd. YusofBerita Harian22.03.1975
Sastera lambak kayakan penerbitMokhtar YusofUtusan Malaysia02.07.1994
Joget lambak kian pupus ditelan zamanPak TunggalMingguan Perdana02.02.1986
Joget lambak kini tak asli lagi: AzizHamid JinsBerita Harian25.09.1974
Novel 'Lambak': thema mudah, watak tak ramai tapi penghayatan seninyabaikIlias ZaidiBerita Minggu12.01.1975
Joget lambak bermula daripada tarian PortugisBaharuddin JamilBerita Minggu17.02.1985
123

Kembali ke atas