Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layu (adjektif)
Bersinonim dengan lisut, kering, kecut;,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Layu Menjadi Bayang-BayangIsmail MohamadBerita Minggu17.02.2007
Layu dan SegarAbdul Talib HassanMingguan Wanita08.03.1985
Layu Di Hujung MekarMohd. Salleh OsmanPentas Dunia02.01.1994
Bunga Layu PagiShamsuddin IndahBerita Minggu01.06.1976
Dianjak layu dicabut matiSamad IdrisMingguan Malaysia12.11.1989
Bunga Layu PagiShamsuddin IndahBerita Minggu13.01.1976
Teratai Layu Di PantaiR. Hamzah DuaMingguan Wanita30.04.1986
Teratai Layu Di PantaiR. Hamzah DuaMingguan Wanita30.04.1986
Bangsawan: layu dan lesu di tengah tantangan zamanAdi PutraMingguan Watan13.11.1994
Puisi Pekan: layu sebelum kembangRu'ah AchmadBerita Harian (Sastera dan Budaya)29.07.2000
1234

Kembali ke atas