Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (légar); berlegar, berlegar-legar 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; melegari mengelilingi: ~ Kaabah; melegarkan memusingkan berkeliling, meng­edarkan (minuman dll); legaran edaran, giliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dll), degar; melegarkan mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar: Azhar keluar ~ daun pintu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /légar/; berlegar bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. melegari bergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah. melegarkan menjadikan berlegar; memusingkan; memutarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
legar
Kata Terbitan : berlegar-legar,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Di Legar Persimpangan DuniaRohana ShaariBerita Harian01.04.1992
Api Yang Berlegar-legarIsmail MohamadUtusan Melayu (Mingguan)31.05.2003
Kunjungilah ke Pesta Buku Pahang Darul Makmur 1986 di Ruang Legar,Kompleks Teruntum Kuantan, PahangTiadaUtusan Malaysia12.04.1986
Gandakan pengetahuan anda dalam masa seminggu. Kunjungilah PameranBPU satu dekad menghadapi era baru di Ruang Legar DBP sempena Ulang Tahunke-10 Bahagian Penerbitan Umum DBPTiadaUtusan Malaysia04.06.1986

Kembali ke atas