Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ma/] | لمق

Definisi : 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah, ~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun bermain; ~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~ penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : ; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau, sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan (pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~ kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : 1 zat minyak berwarna keputih-putihan yg melekat pd daging haiwan. 2 terdapat lemak 1 atau terdapat minyak di dlmnya: nasi ~; ikan masak ~. 3 sedap atau enak (dirasa atau didengar). ~ ketam warna kuning kemerah-merahan. ~ tulang sumsum dlm tulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak

Puisi
 

Lemak manis santan kelapa,
     Buah berangan dalam padi;
Hitam manis anak siapa,
     Rasa berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nasi Lemak Buah BidaraTiadaPentas Dunia15.05.1994
Masak Lemak Udang GalahA. R. NaidaMingguan Wanita17.06.1988
Nasi LemakRamsiyah AmirMingguan Malaysia (Kesihatan)24.08.2003
Restoran nasi lemak taja gelanggang baca puisiAfiena MesraMingguan Famili13.03.1989
Jual nasi lemak di sekolahSaharudin MusthafaUtusan Malaysia07.07.1995
Budak Nasi LemakZahari HasibUtusan Zaman16.04.1978
Seorang Gadis, Nasi Lemak dan Sambal UdangGoh, Peter AugustineBerita Minggu30.03.1997
Ikan Lampam Masak LemakA. Wahab RaufUtusan Malaysia12.09.1971
S. Panit pernah jual nasi lemakAbu Hassan AshariUtusan Malaysia02.07.1994

Kembali ke atas