Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barang­kali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepi­kan: pemindahan beramai-ramai oleh pen­duduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngang] | لڠڠ

Definisi : 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengang (adjektif)
Bersinonim dengan sepi, sunyi, tidak sibuk, tidak ramai orang, senyap, diam, hening, kosong, hana;,
Kata Terbitan : melengangkan, kelengangan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lengang kerana Datuk HarunDharmala N. SBacaria21.01.1987
Mayflower mulai lengang...Shamsuddin JaafarMingguan Malaysia29.10.1995
Laut Jg Lengang Adalah KitaVeta, M. RyanaForum Indonesia01.07.1970
Kampus mula lengang bila menjelang hari cutiIlias Haji ZaidiUtusan Zaman16.08.1981
Kuala Lumpur lengang bila Syawal menjelangIlias Haji ZaidiUtusan Melayu18.07.1982

Kembali ke atas