Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tam-bang; ~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dgn meng­gunakan kapal korek dan bomba palung); ~ tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong; melombong menggali lombong utk men­dapatkan bijih logam: kapal korek diguna­kan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar­-besar; perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya; pelombong orang yg mengusahakan lom­bong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar ber­tumpu ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1 tidak leper (bkn pinggan mangkuk dll); dalam; jeluk: pinggan ~. 2 lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam; tambang. ~ dedah lombong yg lubangnya besar dan terbuka (dikerjakan dgn kapal korek atau bomba palung). ~ tebuk lombong yg lubangnya sangat dalam, sama ada menegak atau melintang. melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam. perlombongan hal-hal yg berkaitan dgn lombong (tambang). pelombongan 1 hal atau perbuatan melombong. 2 tempat melombong. pelombong orang yg mengusahakan lombong; pemilik lombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lombong (kata nama)
Bersinonim dengan tambang, makdan, korok, kolong, tembusan;,
Kata Terbitan : melombong, perlombongan,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lombong Siam di PahangZakiah HanumBerita Minggu03.12.1995
Lombong PuakaJymy AsmaraBerita Minggu20.04.1969
Tanah LombongAripin SaidMingguan Malaysia27.11.1988
Kalau lombong emas ditutup!Subky LatifMingguan Kota28.05.1989
Gadis Lombong MinyakOmar MamatBerita Minggu01.04.1984
Duka Sebuah LombongAin AbidBerita Minggu05.10.1991
Duka Sebuah LombongAin AbidBerita Minggu01.10.1991
Rumah Di Pinggir LombongAmir TanMingguan Malaysia29.07.1984
Ikan-Ikan Di LombongRaja Sabarudin AbdullahBerita Harian01.05.1978
Hanafiah Sudin cadangkan bekas lombong jadi taman reakrasiTiadaUtusan Melayu17.04.1990
12

Kembali ke atas