Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Peristiwa kebakaran di Padang Lumat menggetarkan hati penyairDarwis HarahapBerita Minggu03.12.1989
Walang Melebat Di Padang LumatAzmi YusoffBerita Minggu10.03.1991
Peranh Kerambit :Bahagian ke 22 - Perang tamat hatinya lumatTiadaUtusan Zaman16.08.1987

Kembali ke atas