Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (me­mepat serta mencukur rambut di dahi) pe­ngantin perempuan; b) perempuan yg kerja­nya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perem­puan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perem­puan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) sau­dara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn mamak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep drpd emak; ibu. 2 panggilan kpd perempuan yg lebih tua atau yg patut dipanggil ibu. ~ andam perempuan yg menghias atau mengandam pengantin perempuan. ~ angkat perempuan yg mengambil anak orang dan memeliharanya spt anak sendiri. ~ bonda perempuan yg sudah berumur tetapi berlagak spt orang muda. ~ mentua ibu kpd suami atau isteri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mak

Puisi
 

Ngiau-ngiau kucing di rakit,
     Nak makan jeruk belimbing;
Mak! Mak! Tunangku sakit,
     Nak mengintai di balik dinding.


Lihat selanjutnya...(18)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mak Yong challengeSean Augustin dan Ili Izlin Hanim OthmanNew Straits Times08.03.2009
Mak Yong - the road aheadZulkifli MohamadNew Straits Times19.01.2009
Mak Yong bukan khurafatFaizal SaharuniKosmo26.05.2009
Mak Yong lelakiHafizah IszahanidBerita Minggu30.11.2008
Mak Yong revivalVimala SeneviratneNew Straits Times02.11.2008
Mak Yong hanya untuk tontonan pelancong asing?Norjamilah Abd SalamSinar Harian05.08.2008
Mak Cik GlobalKhadijah HashimBerita Minggu27.01.2008
'Mak yong' in a new lightChua, DennisNew Straits Times16.07.2007
Mak Mah bukan sekadar pelakon watak komediZainuri MisfarBerita Harian20.04.2007
Mak yong and Mozart share the stageChua, DennisNew Straits Times10.07.2006
12345678910...

Kembali ke atas