Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.mur]/[ma/.mur] | معمور

Definisi : 1. mempunyai hasil yg banyak (da­erah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang; persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel; memakmurkan memajukan supaya mak­mur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu; kemakmuran perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.mur]/[ma/.mur] | معمور

Definisi : banyak penduduk serta mewah serba-serbinya; serba cukup; tidak kurang apa-apa: Sekarang ini negara Jepunlah yg paling ~ di Asia. memakmurkan mengusahakan supaya makmur; menjadikan makmur: Kerajaan sedang berusaha utk ~ Malaysia. kemakmuran keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. pemakmuran perihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makmur (adjektif)
Bersinonim dengan mewah, kaya-raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil, beruntung;,
Kata Terbitan : memakmurkan, kemakmuran,

Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut,
     inikan pula kemarau panjang.

Bermaksud :

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
MakmurMahad BahamanUtusan Zaman21.09.1958
Afrika Selatan boleh makmurBaharom MahusinUtusan Malaysia05.04.1994
Pembinaan stadium darul makmur selaras dalam pembangunan semua bidang- sultanTiadaUtusan Melayu01.08.1973
MemburuHari MakmurBacaria14.06.1995
Bertanam sayur boleh makmurHantu RayaUtusan Melayu10.11.1975
Kelab Kesenian Darul Makmur hidupkan kembali bangsawanTiadaBerita Harian09.08.1986
Tenaga petani disusun untuk makmur negaraTiadaBerita Harian30.08.1976
Dewasa IIHairi MakmurBacaria13.09.1995
Oh, Pantai Timur yang makmur [3]Pak Pandir ModenUtusan Malaysia21.05.1981
Oh, Pnatai Timur yang makmur (1)Pak Pandir ModenUtusan Malaysia07.05.1981
123

Kembali ke atas