Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.sa] | مڠسا

Definisi : 1. binatang yg menjadi korban (ma­kanan) binatang buas: harimau sedang me-nunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, peni­puan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ ke-bakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua; memangsakan menjadikan seseorang (se­suatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemus-nahan alam sekitar ~ manusia; pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.sa] | مڠسا

Definisi : 1 binatang yg menjadi makanan binatang lain: Seekor harimau sedang mencari ~nya. 2 sesuatu yg menjadi sasaran atau tujuan sesuatu perbuatan jahat dll. 3 orang atau barang yg menjadi korban sesuatu kemalangan dll: Dua orang kanak-kanak telah menjadi ~ banjir itu. memangsakan menjadikan seseorang atau sesuatu sbg mangsa: Kemusnahan alam sekitar ~ manusia. pemangsaan perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang. pemangsa binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangsa (kata nama)
Bersinonim dengan yang terkorban, yang tercedera, pesakit, penderita, korban, persembahan.,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Puisi Buat Mangsa-mangsa Ribut GregR. Hamzah DuaUtusan Borneo20.01.1997
Pameran lukisan untuk mangsa-mangsa kebakaran di Pusat Kreatif APShingga 7 AprilShukri Matt AliUtusan Malaysia26.03.1987
Peringatan Kecil Dari Tuhan (untuk mangsa-mangsa Taufan Nargis, Myanmar)Syafiq Zulakifli Mustafa NuhasMingguan Malaysia11.05.2008
Mangsa keadaan [ ulasan buku Gelora Di hati Arini karya Ruslan Ngah ]TiadaBerita Harian12.04.2007
Mangsa KeduaRamlee Awang MurshidBacaria04.10.2000
Mangsa KelapanRamlee Awang RashidBacaria16.02.2000
Mangsa PertamaRamlee Awang MurshidBacaria30.08.2000
MangsaS.Othman KelantanUtusan Malaysia13.11.1977
MangsaMawar BerduriMingguan Wanita27.10.1995
MangsaShamsudin HusinHarakah02.02.1996
12345678

Kembali ke atas