Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mana boleh; masa II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mana boleh, tidak akanĀ­lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Kalau tidak lembu Pak Jamal,
     Masakan badan hancur dan lumat;
Kalaupun tidak ilmu dan amal,
     Bilakan badan boleh selamat?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kayu bengkok,
     masakan lurus bayangannya!

Bermaksud :

Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Masakan tradisional medan promosi Johor.t.pBerita Harian (WS)28.04.2009
Masakan Gapena mesti melutut kepada PPKTiadaWatan29.01.1977
Masakan IbuAmy Suzani AinuddinMingguan Famili24.03.1991
Pesta masakan warisanTiadaHarian Metro10.12.2007
Buku "Masakan Tradisional Utara" dilancarkanTiadaUtusan Malaysia28.03.1991
Dokumen masakan tradisional MalaysiaTiadaUtusan Zaman22.12.1991
Secupak masakan jadi segantang...A. Samad IdrisMingguan Malaysia19.02.1989
Di mana masakan Melayu?Badrul Hisham AzizUtusan Malaysia24.03.1998
Ajar muda-mudi masakan tradisi.t.pUtusan Malaysia (WS)27.04.2009
Pesta adat dan masakan tradisionalTiadaKosmo26.06.2007
12

Kembali ke atas