Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Refleksi matang DramalabSyazwan ZakariahKosmo05.09.2006
Setengah MatangSetia, BeniKompas31.07.1988
"Sawo matang" bukan lagi imej melayuTiadaBacaria04.01.1997
MPR sudah matang memikul tanggungjawab?Azman IsmailUtusan Malaysia27.08.2007
Cerpen Shahnon matang dan menarik : menyorot karya-karya dalam JejakLangkahTiadaBerita Harian24.05.1976
Ahli UMNO matang jalani proses demokrasiA. Samad IsmailBerita Harian21.02.1998
Kumpetif semakin matangAziz AbdullahMingguan Perdana08.12.1985
Editor semakin matangTiadaWatan29.11.1990
Pengetahuan yang matang perlu pada sastrawan - Dr. IshakTiadaUtusan Malaysia01.08.1973
Olahan kurang matang difikirkan sebelum di pindah kepada cerpenRamli IsinUtusan Zaman23.07.1984
12345

Kembali ke atas