Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ per-usahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ju.kan] | مماجوکن

Definisi : 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Berketuk (= berkotek) di luar sangkar,
     bertanam di luar pagar.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Memajukan bahasa Melayu untuk alaf baruMohamed JudohUtusan Malaysia23.09.2000
Memajukan industri terjemahanAbdullah HassanUtusan Malaysia06.03.1996
Memajukan industri filem tempatanJohan JaafarUtusan Malaysia22.01.1994
Memajukan industri kraftanganTiadaUtusan Malaysia22.04.1987
Memajukan teater : kita perlu tabung, aktaAkhbar:  Utusan Malaysia (Gaya Hiburan)08.03.2003
Langkah memajukan bidang sasteraShamsudin HussinBerita Harian15.08.1992
Merangka memajukan negara dan bangsa tiga tekad akan datang: PMhuraikan kaedah yang tepatMahathir MohamadBerita Harian02.03.1991
Langkah memajukan pelajaranZabhaUtusan Melayu20.12.1984
Usaha2 memajukan bahasa Melayu belum pesatM. Noor Azam YusofBerita Harian22.07.1959
Seruan memajukan bahasa kebangsaanTiadaUtusan Melayu31.01.1989
123

Kembali ke atas