[mem.bang.ga.kan] | ممبڠݢاکن
Definisi : 1. memegahkan: apakah yg hendak dibanggakan dgn gelaran warisan yg diterimanya itu? 2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati: keputusan yg dicapai sungguh ~ kita semua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.bang.ga.kan] | ممبڠݢاکن
Definisi : 1 menimbulkan rasa bangga; menyebabkan berasa megah: Kejayaannya dlm pelajaran ~ kedua-dua ibu bapanya. 2 berbesar hati kerana: ~ kejayaan diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)