Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kalau kita tak membunuh musuh pula membunuh kitaTiadaUtusan Melayu08.01.1997
Membunuh bahasa sendiriZubaidi AbasUtusan Borneo12.01.2009
Membunuh puisi-puisi djelekSubangun, EmanuelKompas05.01.1972
Membunuh musuhMohd Isnin TawafMingguan Wanita12.07.1985
Membunuh DiamNimoiz TYBerita Minggu04.07.2004
Birokrasi membunuh intelektualiti?Siti Rohayah AttanUtusan Malaysia25.11.1995
Hukuman membunuh kreativitiAinon MohdUtusan Malaysia18.10.1996
Matlamat membunuh SaddamJohan JaaffarMingguan Malaysia07.12.1997
Tamak haloba membunuh imanTiadaUtusan Zaman31.03.1985
Kelajuan boleh membunuh!A. Wahab HamzahUtusan Malaysia04.07.1997
123

Kembali ke atas