Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mencapai Wawasan 2020: Nasionalisme tak boleh diketepikanTiadaUtusan Melayu23.02.1991
Mencapai kejayaanTiadaUtusan Melayu31.01.1991
Mencapai ketinggian dunia akhiratTiadaWatan28.02.1990
Mencapai keluhuran budiTiadaWatan17.02.1990
Mencapai kejayaan cara kitaLanang SejagatMingguan Malaysia31.07.1994
Mencapai perpaduan rakyat melalui dasar pelajaran kitaHabit Mustaffa DaudBerita Minggu20.07.1986
Mencapai BintangRidzuan KamisBerita Minggu (Sastera dan Budaya)22.07.2001
Dadah mencapai ke peringkat merbahayaNorijah Mohd. NoorUtusan Malaysia14.05.1979
Bersaing mencapai kejayaanAinon MohdUtusan Malaysia15.12.1995
Untk mencapai matlamat negara penulis dan ahli politik perlu sehaluanTiadaUtusan Melayu25.04.1981
123

Kembali ke atas