[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن
Definisi : memulangkan wang (baki drpd membeli barang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن
Definisi : 1. mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan; ~ air mata menangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cu.cur.kan] | منچوچورکن
Definisi : 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)