Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bus] | منبوس

Definisi : 1 membayarkan wang utk mengambil kembali barang-­barang yg telah digadaikan. 2 membeli balik barang-barang yg telah dijual. 3 membayarkan wang dll utk membebaskan orang tawanan, hamba dsb: Dia telah ~ anaknya yg diculik dgn membayar sejuta ringgit. 4 membayarkan wang kpd suami supaya menceraikannya (bkn seseorang isteri): ~ talak. 5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari. 6 berbuat kebajikan utk menghapuskan dosa yg telah dilakukan: Dia membanyakkan amal ibadat utk ~ dosanya. ~ guna menjalankan usaha dsb utk membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebus
Kata Terbitan : menebus, penebusan, penebus,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menebus kembali kredibiliti FFM-9: mutu filem atau juri perlu dibaiki?Zain MahmoodBerita Harian06.05.1991
Menebus KedegilanSalleh YaacobMingguan Malaysia30.07.1995
Menebus maruah MelayuTiadaUtusan Malaysia29.03.1996
Menebus maruah bangsa, menegak warisan budayaAbdullah TahirBacaria14.03.1987
Menebus maruah bangsaTiadaUtusan Malaysia06.09.1997
Menebus rasa bersalahAbd. Wahab HamzahUtusan Malaysia13.11.1993
Menebus Tanah TergadaiAzdiUtusan Zaman28.04.1973
Menebus KedegilanSalleh YaaacobMingguan Malaysia16.07.1995
Menebus MaruahEzanee MokhtarMingguan Malaysia08.06.1991
Menebus EsokWan Azman Wan MamatMingguan Malaysia05.12.2004
12

Kembali ke atas