Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang memberi tangan di atas,
     yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Bermaksud :

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menerima KemenanganNazim Mohd SubariBerita Minggu23.03.2008
Menerima kehilangan (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia19.11.2007
Menerima hakikat (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia13.09.2006
Menerima tradisi tanggungjawabRustam A. SaniUtusan Malaysia04.04.1994
Menerima UndanganChulan ChinMingguan Famili11.06.1989
Menerima UndanganChulan ChinMingguan Famili11.06.1989
Menerima Budi Jangan Melampau Kelak Menyedih Hati BersemiluSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.02.1984
Menerima UndanganChulan ChinMingguan Famili01.06.1989
MenerimaAzizy AchmadyUtusan Bumiputera01.08.1972
Perkataan menerima awalan 'memper-'Nik Safiah KarimBerita harian17.05.1993
123456

Kembali ke atas