Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengaku kebesaran AllahShuib bin SallehNew Sabah Times29.03.2009
Mengaku salah (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia02.05.2007
Mengaku tidak bersalah dan tidak mengaku bersalahTiadaUtusan Melayu05.08.1991
Golongan mengaku ulama masalah seriusAkhbar:  Utusan Malaysia01.03.2002
Dia Mengaku Dirinya PatriotikWira Budiman AzizanBerita Minggu16.03.1997
Tunku mengaku tidak pernah baca buku 'Malay Dilemma'TiadaUtusan Malaysia01.08.1981
Mahathir mengaku kemampuan Islam sebagai alternatifKassim AhmadUtusan Malaysia05.11.1984
Guru mengaku warisi jawi secara peniruan bukan kajian ilmiahPak MatlobBerita Minggu14.07.2002
Pelajar perempuan mengaku laku seksTiadaHarian Metro27.02.2007
Kita Sesama MengakuRobin @ Mohd Syah - Miroll A. EnjahBorneo Mail07.01.1996
12

Kembali ke atas