Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Baju mengandung untuk isteri (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia01.11.2006
Mimah MengandungNoraHarian Hasional13.02.1984
Bukan Salah Ibu MengandungAliza AzizBerita Minggu24.08.1997
Kehilangan harian Jawi : bukan salah ibu mengandung tersalah kain bedungMatlobUtusan Melayu24.11.2008
Rambutnya ikal mayang - Para pelatih belajar bagaimana perempuan mengandungMaha SabahUtusan Borneo15.12.2008
Rambutnya ikal mayang - Bahagian III A : Menimang anak setelah dapat ubat mengandungMaha SabahUtusan Borneo03.11.2008

Kembali ke atas